PSIAKU adalah singkatan bagi Pusat Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya. Singkatan penuh bagi pusat sokongan ini ialah PSIAKU AZWAR dimana ianya bersempena dengan nama anak kepada pengasas pusat ini yang telah kembali ke Rahmatullah.
PSIAKU AZWAR beralamat di: No 14 Jln Batu Muda 10, Taman Batu Muda,68100 KL
Fungsi PSIAKU adalah sebagai Pusat Perlindungan dan Jagaan Untuk Anak Orang Kurang Upaya Krit
ikal Terlantar (disebutkan sebagai “Pusat Jagaan”). Tempat tinggal ini diwujudkan secara khas untuk memberikan keutamaan kepada “anak OKU Kritikal Terlantar” dan yang tertentu sahaja dan ini telah ditetapkan dalam Fasal 1 sebagai KUMPULAN SASAR.
“Anak OKU Kritikal Terlantar” boleh dikategorikan sebahagiannya sepertimana berikut :
- Hidupnya hanya bergantung harap kepada orang lain untuk makan, minum dan kebersihan diri.
- Mudah mendapat demam sehingga sering sawan di mana ada kes yang mengakibatkan kaki, bahu, lutut, peha dan mana-mana anggota badannya yang berkenaan tercabut (dislocated) kerana sawan yang teruk.
- Sering keluar masuk ke wad dan Unit Kecemasan mana-mana Hospital Kerajaan.
- Sering menghadapi masalaah pernafasan kerana air liurnya tidak dapat ditelan dengan betul.
- Tidak ada kawalan diri untuk buang air kecil dan air besar; banyak memerlukan keperluan khas dalam seharian seperti susu khas, “pampers”, ubatan, bantuan peralatan untuk makan, minum, pernafasan dan lain-lain lagi.
- Perlu rawatan susulan dari masa ke semasa di Institut Pediatrik melalui doktor pakar.
- Doktor-doktor pakar meramalkan jangka hayat hidup “anak OKU Kritikal Terlantar” tersebut tidak lama kerana penyakitnya.
Sebarang Sumbangan boleh dihulurkan dengan maklumat seperti berikut :
Nama Akaun : PSIAKU AZWAR
Bank : Maybank (MBB)
No Akaun : 5644 7240 1056